Thursday, February 26, 2009

Jakarta-Bandung Part 1

TU WA GA PAT!!!!BIYOPI3..BIYOPI GO GO!!

AKu berCuTi ke
InDOnesia!!!!!

Best bangaaaat...tak puas lagi sebenarnya walaupon aku pergi selama 4 hari. Permergian aku ke INDONESIA disponsor oleh SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN UKM KE-35. Setelah penat lelah kami menganjurkan PESTA KONVO UKM, nah!!inilah apa yang kami dapat...


20/2/09 (Jumaat) - Jam 4.30 pagi. Kami semua bertolak dari UKM ke KLIA LCCT dengan menaiki bas UKM..(mintak maap abg bas, kacau tidor abg pagi2 hehe).

Jam 5.45 pagi kami pon sampai di KLIA LCCT..setelah ketua kumpulan a.k.a HADI menguruskan passport kami sebab kami guna passport group, kami pon pergi solat dan buat apa2 yg patot.


Flight kami jam 7.00 pagi. Nak dijadikan cerita, ada antara kami nih (Tabligh ngn shimazan nih!!) yang lambat pergi solat boleh lak lepak2 padahal dah lambat. Tungu dieorg sampai kami nyaris tertinggal flight. Akak kat kaunter tuh dah marah2. Nak tambah sedap cerita lagi, si Carmoon sempat lak membuang kat balai berlepas sedangkan kami dah sangat lambat!!!(kwn2 yg len sume jd strees..argghh!!!) dan kami terpaksa berlari masuk ke Kapal Terbang.Huh!!


Akhirnya aku dapat naik kapal terbang!! 1st time tuh..gile jakon tol.hehe..
Jam 9.00 pagi (malaysia) dan jam 8.00 pagi (indonesia) aku sampai di lapangan terbang SOEKARNO-HATTA. Benda pertama yang berbeza aku jumpa kat Jakarta adalah TANDAS. Dieorg panggil KAMAR KECIL.
Selepas selesai urusan passport, kami ambil luggage kami. Tetibe...ada berita tergempar!!! Kamera Olympus 850Sw milik si SYAM telah hilang!!!!Sebelum berlepas ke Jakarta, aku ingat lagi kata-kata si Syam, "Nak lawan kamera aku kat Redang?"..sebab aku pon ada bawak kamera Olympus tapi kamera dia waterproof..hehe..aku amat bersimpati dengan nasib ko Syam. Sabar ya..tak dapat lawan kamera ngn ko kat Redang.kehkehkeh.
.

Kemudian, kami menunggu ketibaan agen pelancong disana mengambil kami utk dibawa ke UNIVERSITAS TRISAKTI. Kami datang bukan melancong semata okey!! Kami datang membawa amanat dari UKM( even tak ada pegawai UKM yang ikot..sebab dieorg ada urusan berkenaan ISO).


Sebelum kami pergi Universitas berkenaan, kami dibenarkan utk merayau-rayau disebuah shoping complex MATAHARI di Jakarta. Barang-barang kat situ agak mahal la mungkin sebab kat tengah2 bandaraya kot..so kami semua window shoping jela..Agak busan gak la pusing kat situ sebab kedai-kedai baru dibuka dan cewek2 tak ramai kuar (Jumaat tak cuti lagi donG) hehe...


Jam 11.00 tengari, kami bergerak ke Universitas Trisakti. Satu pengalaman baru di Jakarta!! Universitas dieorg tak sediakan kerusi meja dikaki lima universitas, jadi semua mahasiswa2 duduk atas lantai kalau nak belajar...so, kita kat Malaysia ni patot bersyukur bangat2 disediakan kemudahan yg sempurna...Di USakti, kami berjumpa dengan pelajar-pelajar dari Malaysia yg belajar disana dan dianggarkan lebih kurang 200 org pelajar malaysia disana. Untuk pengetahuan anda, kami hanya pergi Falkutas Kedoktoran sahaja kerana hanya fakultas berkenaan sahaja ada pelajar Malaysia. Nak pergi main campus, tak ada link..so..layankan jela dak2 MediC nih!!


Di USakti, kami telah dipersembahkan dengan nyanyian koir dari mahasiswa disana dan kami telah mengadakan sesi bual bicara sesama mahasiswa Indonesia. Yang aku suka, time kami buat tayangan video korporat UKM..Bangga beb!!!(lagipon aku salah seorg pelakon yg menjayakan video tuh..hehe)



Selesai di Universitas Trisakti, kami pon bergerak ke BANDUNG. Kami bertolak lebih kurang jam 4.00 petang. Di Jakarta, jam 4.00 petang kedai-kedai dan pejabat telah diarahkan untuk berhenti operasi kerana kerajaan hendak mengurangkan kos energy, so...kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Lebih kurang 4 jam perjalanan baru kami sampai di BANDUNG.Kami terus menuju ke RESTORAN RAJA MELAYU (restoran popular dikalangan rakyat Malaysia disana). Best tuh masakan dieorg..aku suka bangat makan kat situ..sedap pon ya,kenyang pon ya...yg penting FREE!!!haha...

Dah abis makan kami pon gerak ke hotel penginapan kami (HOTEL PROGOL). Masa utk mandi dan tido!!!!

will be continue...........

Wednesday, February 18, 2009

Warta Jam 3.30 am

Hari ini bersamaan 18 FEBRUARY 2009 aku telah menetapkan beberapa azam :

  1. Print tag
  2. Laminate tag
  3. Study Chapter 1 Fluid Mechanic
Aku harap dapat melaksanakan dengan jayanya..

(p/s : kene stadi awal2..kang this weekend i'm not available..exam 25/2 .....paROk2...)

Tuesday, February 17, 2009

DaLy=TaG???

Aku telah diTAG oleh saudari daLy dengan cabaran tag berkenaan, soh aku masok folder picture aku, then..choose 6th folder in that folder and take 6th picture in that folder again...


Huh!!! THis is the resuLt!!!


See the date below this picture?? 1st JANUARY 2008....Aku xpaham sebenarnye kenape sume awek2 depan ni nak syenget??? ... Time tuh mase pergi UM sebab ada program perasmian GEGAR U!! Sebenarnya time tuh ade perkampungan PESTA KONVOKESYEN KE-35 and then time tu sume dak2 UKM cuti.. yang ada kami jela.. So, pihak HEP pon hantar kami ke sana demi memenuhi DEWAN CANSELOR UM tu (1st time aku dapat masok dewan UM tu)....

Teringat kembali zaman2 berkenaan...sekali seumur idop jek dapat mengalami benda mcm tu..skang ni da jadi sejarah jela...MISS YOU ALL!!UhUk!!

Anyway, sebab macam best aku nak post gambar2 time tuh, aku selitkan lagi gambar-gambar kami..


.


Quote this nite : every person have different story

Sunday, February 15, 2009

Penyelesaian Kaspersky Anti Virus dan Kaspersky Internet Securtiy

Mesti ada antara korg yang ada masalah dengan anti-virus ape nak gune kan??
Anti virus yang percuma dan berkesan memang susah nak jumpa... contoh anti virus percuma yang popular ialah Avira dan AVG. Tapi kedua-dua anti virus ni tak dapat memberi perlindungan seperti yang kita mahu. Harap update jek hari-hari. Tapi virus masuk gak...berdasarkan pengalaman lampau aku la.. Tapi kalau berdasarkan hasil kajian dari laman web nih (http://www.av-comparatives.org/seiten/ergebnisse_2008_08.php) mereka mengatakan Avira Premium adalah yang terbaik. But, avira ni a little bit annoying. hehehe... Kalau korg nak tau lebih lanjut search la disadvantages of Avira or AVG kat internet..

Kat sini aku nak bagi barang percuma, kalau korg pegi kedai komputer, korg terpaksa mengeluarkan wang ringgit hanya utk buang virus. Aku pernah lepak kat kedai komputer AMBANG IT,UKM ni atau dikenali dengan nama ABANG MAN, time aku lepak tuh, ade la sorg awek ni cakap masalah dia kat Abg Man,bukan masalah pribadi ok! laptop die kene virus. Pas tuh, abg man cakap, meh abang man scan kan. Then, dia cucuk la hard disk dia(yg aku rasa pon ada virus gak) dan install AVIRA Free Edition kat laptop awek tu dan scan laptop awek tuh sampai keluar bunyi "TEETTT" (maksudnya da jumpe virus la). Pas da siap scan, dia mintak la bayaran RM5 kat awek tu.... Dalam otak aku..WHAT THE HECK!!!!AVIRA Free Edition jek poOOn!!!kena bayar sampai RM5 padahal benda tu boleh download sendiri dalam internet... Tak terasa kena tipu ke??????yang kaya abg man, yang rugi(dan agak membazir la) org2 yg berkenaan.. Pengajaran dari cerpen aku nih, anda mesti lah menjadi seorg pengguna yang BIJAK..dalam dunia komputer, setakat SOFTWARE, korg boleh dapatkan di internet sahaja. Kecuali ada masalah HARDWARE, serahkan pada yang pakar. Yang penting, anda tanya lah rakan2 anda yang arif tentang dunia PC dulu.Jangan pegi kedai teros kecuali ada warranty!!

Dan sekarang ni ramai yang tercari-cari Kaspersky sebagai penyelesaian masalah virus. So, ni aku bg la PATCH Kaspersky Anti-Virus 7 dan Kaspersky Internet Security 7. Pastikan anda mengikut STEP2 didalam file README!!!




**Setelah anda download patch ini, antivirus anda akan detect sbgai virus. Sila abaikan, (nama pon patch,mmg la virus..tp xbahaya)setelah step2 patch ini berjaya..nak padam pon padam la..

**Ingat!! Patch ini hanya berfungsi pada KAV 7 dan KIS 7 sahaja**


Key untuk KAV 7 dan KIS 7




If you don't have KIS 7, download here




KAV 7







**Give me credit by click the advertisement in my blog

DRIFT!!!!

Semalam bersamaan 14/2/09 lepas aku makan kat restoran AZURA (bole dapat komisyen nih promote restoran kau AZURA) aku g lepak jap kat tapak KTK 09 Permotoran...
Ade program RC Drif (ramai dak2 ingt drift kereta besar tuh) kat Dataran Pangung Seni UKM...
Best gak la jd penonton...tengok kereta2 mewah meluncur perlahan di trek yg disediakan tuh..
Ramai gak la yg datang dan jd peserta dari yg kecik hingga yg tua... (dak kecik tu la xleh blah...kete die cun gile!!)
Time menonton perlumbaan ni la aku terasa macam nak beli sebijik kereta control macam dieorg sume..
Kawan aku pon tanye la kat salah seorang brader kat situ..

Kawan aku : bang.. kereta ni agak2 berapa kalau nak main? brader berkenaan : paling kurang 5 la... Kawan aku : lima ratus ke 5 puluh ke 5 ribu?? brader berkenaan : lima ratus jek..standard punye kereta la.. Kawan aku : kalau tukar sport rim sume? brader berkenaan : dua puluh hinget kawan aku : satu tayar ke 4 tayar? brader berkenaan : 4 tayar skali...
dan seterusnya..bla bla bla bla...( aku da tak mengikuti perbualan berkenaan sebab nak menghayati perlumbaan di litar..)

Bagi aku ok la kalau nak main di waktu lapang ketika aku sudah mempunyai kerja,wang,rumah,kereta dan bini..hehe...bole bawak bini ikot skali men drift..kehkehkeh... boleh dijadikan hobi diwaktu tua aku..(kecik2 xdapat men, sebab tu da tua baru nak main)

Bawah ni antara gambar2 yg sempat aku shot




Hari ni (15.2.09)ade lg sambungan pertandingan autoshow kereta tempatan dan pertandingan RC Drift....moh la kite datang ramai2

Friday, February 13, 2009

Tips Mozilla Firefox

Aku nak bagi tips yg boleh menambah kelajuan browsing Mozilla Firefox anda..*tak banyak sket pon jd la*...hhuhu..

1. First step, open your Mozilla Firefox..(mestila kne buat)


2. Second Step, type "about:config" at browsing navigation bar. Then it will show you the warranty of Mozilla. Just click "I'll be careful, I promise"



3. Third Step, key in "pipelining" in Filter bar. Then, you'll see "network.http.pipelining" and "network.http.pipelining.maxrequests"

  • Change false "network.http.pipelining" to true
  • Change value 4 "network.http.pipelining.maxrequests to greater than >30




4. Last step, restart your Mozilla Firefox. Then you'll see the difference. Enjoy Browsing!!! :)

Thursday, February 12, 2009

My new Stuff

Assalamualaikum dan selamat pg sume!!

Setelah lama aku tidak "mengepost" dlm blog aku nih..ni aku nak tunjuk sket barang2 yg aku baru beli akhir2 nih..heh

**mouse ni da lame, mouse pad ni yg bar>>**laptop da lame,keybord protector ni yg baru

**HD Maxtor 2.5" 320GB.....tp rase mcm da penoh dah..haha

Tuesday, February 3, 2009

M.A.IN PC???

Fasa pertama M.A.IN PC dilancar
sumber : Utusan Malaysia Online

DALAM usaha merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan masyarakat di kawasan bandar, pelbagai langkah telah giat dijalankan bagi memperkasakan keupayaan penggunaan teknologi berkaitan yang selari dengan peredaran masa mampu diterapkan pada golongan berkenaan. Justeru, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) telah mengambil inisiatif dalam melancarkan ‘Projek Menguasai Aplikasi Internet & PC’ (M.A.IN & PC) fasa pertamanya. Sehubungan pelancaran projek tersebut, sebuah pusat M.A.IN PC (PMPC) pertama telah diwujudkan bagi merealisasikan objektif merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Presidennya, C. J. Ang, langkah ini adalah sejajar dengan objektif kerajaan dalam merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat umum dan juga dijadikan sebagai platform untuk mempertingkatkan keupayaan dan pengetahuan kumpulan sasar terhadap dunia industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). “Pusat PMPC yang dilengkapi dengan perkakas IT itu dijangkakan mampu membimbing masyarakat terutamanya golongan luar bandar menerusi modul latihan dan kurikulum yang disediakan. “Selain, mendidik masyarakat menguasai aplikasi ICT, objektif lain yang disasarkan ialah bagi membolehkan golongan sasar mempertingkatkan produktiviti menerusi penggunaan aplikasi ICT sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka,’’ katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Secara berfasa
Dalam pada itu, projek yang dijalankan secara berfasa ini akan memperlihatkan kewujudan 20 lagi buah pusat PMPC akan dibina di seluruh negara menjelang penghujung 2008. Sementara itu, jelas Ang lagi, PMPC yang pertama itu dijadikan projek perintis serta pengukur tahap keberkesanannya terhadap masyarakat. Sekiranya ia berkesan, projek tersebut akan diteruskan dengan fasa kedua yang memperlihatkan sebanyak 150 buah PMPC diwujudkan di seluruh negara menjelang 2010. Selain itu, Pikom turut mendapat sokongan daripada pelbagai syarikat dan pertubuhan bagi memberi bantuan serta kerjasama. Ini termasuk, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Microsoft Malaysia; Kelab Lion; Cybercare; Hewlett-Packard Malaysia; Intel Malaysia; Telekom Malaysia dan juga Cuscapi. Buat masa ini, pusat pertama PMPC itu yang terletak di Pusat komuniti Petaling Jaya, Selangor dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Sunday, February 1, 2009

PerjalananKu

Assalamualaikum kpd yg lalu ke blog aku nih..
Sekian lame tidak "mengupdate" blog aku nih..(lgpon ade org soh update:girl_16:)
maka hari ni ak nak menyelitkan skit nukilan aku..haha..
Hari ni dpt on9 sebab arini da balek ke U..



~~sebahagian jejak-jejak ku di bandar MetropolitanGrin~~


Semuanya ketika aku dalam perjalanan pulang ke pusat pengajian aku...
Sepatotnye nak balek lambat sket..tp sbb ade keje iaitu kena beli tiket kak Long aku,kne bg something kat dia..Yela..org DUnGUn masok KL..susah sket la nak bermesra ngn bandar Metro tu..sampai benci bandar metro berkenaan..hahaha..SO..aku duduk la pusing2 kat bandar MeTro tu sorg2...dengan bag pack aku..Da macam pelancong pon ade..wawawa..tp tak kesah la..aku pon da lame xmerayau kat kL tuh..ade peluang..dapat la cuci2 sket mate..ThumbsUp

(P/s:Pas ni ko da dapat gaji ko,bole la angkat kereta sebijik..bole aku pinjam...@ipin01hahahaha
Anyway gudluck la dengan Projek Bersama MIMOS,Master di UTM ko, dan anak-anak murid ko di POLITEKNIK DUNGUN tu...(botak la kepala ko pas nih..hahaha)


HotHotHotHotHotHotHotHotHotHotHotHot

HotHotHotHotHotHotHotHotHotHotHotHot