Showing posts with label PC. Show all posts
Showing posts with label PC. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

Berbaloi tak...

Semalam, sempena dengan kemangkatan Sultan Johor juga sempena dengan kemangkatan Screen LCD Acer Aspire 4530 aku.. Takhta skrin aku digantikan dengan skrin lain yang aku tak tau jenis dy. Ha-Ho.. Berbekalkan duit sebanyak RM700 ke LoL Yat aku dan 'penemanku' memulakan misi mencari ganti skrin ku..Mula2 sampai aku terus terjah kedai Komputer ATOM??tanya juruteknik kat sane, dy ckp RM450. Aku tanpa pikir panjang teros bg kat dy sebab aku memang malas nak pusing2 dan aku tanya harga tukar skrin sebelum ni kat UKM dan kajang range harga dia RM6++ - RM7-- dan memang kelemahan aku, tak reti sangat beli barang nih..so, konklusi aku MURAH OK!! Lepas tu, agak2 nak buang masa seperti remaja lain lakukan kat LoL Yat, aku pusing2 la sume kedai kat sane, tanya kedai juruteknik berbangsa cina dy cakap RM390!! Wah!!Lagi murah!! Terus patah balik cari kedai ATOM tadi mintak semula laptop aku kat dy. HA-HE!Tanpa segan silu brother tu bagi semula laptop aku..haha..(kesian dy).

Sekarang baru aku pikir panjang sket berbanding pikiran Einstein, menggunakan pemikaran aku yang panjang, aku menggerakan kakikukuku pusing ke kedai bangsa-bangsa bersatu yang lain sehingga la aku jumpa deretan kedai bangsa orang Asia Timur Tengah. Ini bukan bangsa Tamil Malaya, atau bangsa Pak Arab atau Bangsa Bangladesh ("hara chekene!!"kata JaJa Kun)ini orang punya itu bangsa Hindustan!!("Kuch Kuch Kote Hei~~"kata Salman Khan). Aku tanya sama dy, "Kia Hei..Berapa harga mau tukar skrin Acer 4530??" dia balas "Kia,kia,kia..Acer 4530 skrin size 14.1" ka?" Aku "YERP!!! Exactly!!". Khasif Khan "RM370..u student ke??dengan pantas aku mengganguk dengan sekali ayunan ke bawah..sambung Khasif "Ok...student i kasi RM360..berapa bajet u??" Aku "RM350" Khasif Khan "Ermmmm...350..350..350...dy tanya membe dy dalam bahasa industan tanpa aku memahami kecuali 'kia'..OK!RM350 bole..setengah jam lagi u datang amik" Dalam hatiku "Bagus!!Jimat disane"..hehe.. Tanpa berlengah lagi aku terus menyerahkan laptop aku kat mamat hindustan ni.. Setengah jam kemudian dah setel..

Disebabkan dapat harga murah, aku dapat beli printer Brother 3-1 seketul dengan harga total RM305 termasuk refill catridge dy dan dakwat refill skali..Capai juga objektif nak beli printer sebijik. Cuma tak dapat upgrade RAM 4Gb jek. Takpela..blom sampai mase lg..

Friday, January 22, 2010

Nak beli monitor LCD baru ke.. atau...

Skrin my lappy da jahanam...skang ni pinjam LCD syadi buat sementara waktu...Rasa macam best plak gune LCD besar2 nih... HEhA. Aku ada dua pilihan :
  1. Nak bela screen laptop aku - RM6++
  2. Beli LCD baru - RM4++

Mane satu yang best ek.....hmmmm....


Thursday, January 21, 2010

Laptop Buat Hal!!

Argh...tension!! Laptop ni buat hal pulak!!!

Semalam OK jek..bangun2 pagi teros gila..My Acer Aspire 4530 have screen flickers problem!! Sekarang ni ok jap...tapi still ada masalah ni selagi tak cari punca masalah skrin ni...hadoi.. Masalah = Elaun - (duit X 4) mcm tau2 jek baru masok duit.. How to settle this problemo?? Did i need to change the cable or just software problem?? Its just happened in one night and nothing to do with it. Hancur musnah impian aku nak beli barang2 lain.....



Sunday, February 15, 2009

Penyelesaian Kaspersky Anti Virus dan Kaspersky Internet Securtiy

Mesti ada antara korg yang ada masalah dengan anti-virus ape nak gune kan??
Anti virus yang percuma dan berkesan memang susah nak jumpa... contoh anti virus percuma yang popular ialah Avira dan AVG. Tapi kedua-dua anti virus ni tak dapat memberi perlindungan seperti yang kita mahu. Harap update jek hari-hari. Tapi virus masuk gak...berdasarkan pengalaman lampau aku la.. Tapi kalau berdasarkan hasil kajian dari laman web nih (http://www.av-comparatives.org/seiten/ergebnisse_2008_08.php) mereka mengatakan Avira Premium adalah yang terbaik. But, avira ni a little bit annoying. hehehe... Kalau korg nak tau lebih lanjut search la disadvantages of Avira or AVG kat internet..

Kat sini aku nak bagi barang percuma, kalau korg pegi kedai komputer, korg terpaksa mengeluarkan wang ringgit hanya utk buang virus. Aku pernah lepak kat kedai komputer AMBANG IT,UKM ni atau dikenali dengan nama ABANG MAN, time aku lepak tuh, ade la sorg awek ni cakap masalah dia kat Abg Man,bukan masalah pribadi ok! laptop die kene virus. Pas tuh, abg man cakap, meh abang man scan kan. Then, dia cucuk la hard disk dia(yg aku rasa pon ada virus gak) dan install AVIRA Free Edition kat laptop awek tu dan scan laptop awek tuh sampai keluar bunyi "TEETTT" (maksudnya da jumpe virus la). Pas da siap scan, dia mintak la bayaran RM5 kat awek tu.... Dalam otak aku..WHAT THE HECK!!!!AVIRA Free Edition jek poOOn!!!kena bayar sampai RM5 padahal benda tu boleh download sendiri dalam internet... Tak terasa kena tipu ke??????yang kaya abg man, yang rugi(dan agak membazir la) org2 yg berkenaan.. Pengajaran dari cerpen aku nih, anda mesti lah menjadi seorg pengguna yang BIJAK..dalam dunia komputer, setakat SOFTWARE, korg boleh dapatkan di internet sahaja. Kecuali ada masalah HARDWARE, serahkan pada yang pakar. Yang penting, anda tanya lah rakan2 anda yang arif tentang dunia PC dulu.Jangan pegi kedai teros kecuali ada warranty!!

Dan sekarang ni ramai yang tercari-cari Kaspersky sebagai penyelesaian masalah virus. So, ni aku bg la PATCH Kaspersky Anti-Virus 7 dan Kaspersky Internet Security 7. Pastikan anda mengikut STEP2 didalam file README!!!




**Setelah anda download patch ini, antivirus anda akan detect sbgai virus. Sila abaikan, (nama pon patch,mmg la virus..tp xbahaya)setelah step2 patch ini berjaya..nak padam pon padam la..

**Ingat!! Patch ini hanya berfungsi pada KAV 7 dan KIS 7 sahaja**


Key untuk KAV 7 dan KIS 7




If you don't have KIS 7, download here




KAV 7







**Give me credit by click the advertisement in my blog

Friday, February 13, 2009

Tips Mozilla Firefox

Aku nak bagi tips yg boleh menambah kelajuan browsing Mozilla Firefox anda..*tak banyak sket pon jd la*...hhuhu..

1. First step, open your Mozilla Firefox..(mestila kne buat)


2. Second Step, type "about:config" at browsing navigation bar. Then it will show you the warranty of Mozilla. Just click "I'll be careful, I promise"



3. Third Step, key in "pipelining" in Filter bar. Then, you'll see "network.http.pipelining" and "network.http.pipelining.maxrequests"

  • Change false "network.http.pipelining" to true
  • Change value 4 "network.http.pipelining.maxrequests to greater than >30




4. Last step, restart your Mozilla Firefox. Then you'll see the difference. Enjoy Browsing!!! :)

Tuesday, February 3, 2009

M.A.IN PC???

Fasa pertama M.A.IN PC dilancar
sumber : Utusan Malaysia Online

DALAM usaha merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan masyarakat di kawasan bandar, pelbagai langkah telah giat dijalankan bagi memperkasakan keupayaan penggunaan teknologi berkaitan yang selari dengan peredaran masa mampu diterapkan pada golongan berkenaan. Justeru, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) telah mengambil inisiatif dalam melancarkan ‘Projek Menguasai Aplikasi Internet & PC’ (M.A.IN & PC) fasa pertamanya. Sehubungan pelancaran projek tersebut, sebuah pusat M.A.IN PC (PMPC) pertama telah diwujudkan bagi merealisasikan objektif merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Presidennya, C. J. Ang, langkah ini adalah sejajar dengan objektif kerajaan dalam merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat umum dan juga dijadikan sebagai platform untuk mempertingkatkan keupayaan dan pengetahuan kumpulan sasar terhadap dunia industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). “Pusat PMPC yang dilengkapi dengan perkakas IT itu dijangkakan mampu membimbing masyarakat terutamanya golongan luar bandar menerusi modul latihan dan kurikulum yang disediakan. “Selain, mendidik masyarakat menguasai aplikasi ICT, objektif lain yang disasarkan ialah bagi membolehkan golongan sasar mempertingkatkan produktiviti menerusi penggunaan aplikasi ICT sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka,’’ katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Secara berfasa
Dalam pada itu, projek yang dijalankan secara berfasa ini akan memperlihatkan kewujudan 20 lagi buah pusat PMPC akan dibina di seluruh negara menjelang penghujung 2008. Sementara itu, jelas Ang lagi, PMPC yang pertama itu dijadikan projek perintis serta pengukur tahap keberkesanannya terhadap masyarakat. Sekiranya ia berkesan, projek tersebut akan diteruskan dengan fasa kedua yang memperlihatkan sebanyak 150 buah PMPC diwujudkan di seluruh negara menjelang 2010. Selain itu, Pikom turut mendapat sokongan daripada pelbagai syarikat dan pertubuhan bagi memberi bantuan serta kerjasama. Ini termasuk, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Microsoft Malaysia; Kelab Lion; Cybercare; Hewlett-Packard Malaysia; Intel Malaysia; Telekom Malaysia dan juga Cuscapi. Buat masa ini, pusat pertama PMPC itu yang terletak di Pusat komuniti Petaling Jaya, Selangor dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya.