Showing posts with label Duit. Show all posts
Showing posts with label Duit. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Konvensyen di KLCC

Siang tadi aku kuar sehari suntuk semula ke bandar Metropolitan Kuala Lumpur. Semalam sehari suntuk pegi LoL Yat dengan Times Square.. Hari ini KLConvenctionCenter menjadi mangsa rayauan aku. Tapi aku pegi sane bukan tujuan yang kosong..still ada tujuaan yang awesome. Lebih kurang kol 10.00 am pagi tadi aku dapat mesej berbunyi "arip, bole tolong ganti kawan aku pegi konvensyen kat KLCC tak??" dengan segera aku balas "Bole gak"..  Sebenarnye g konvensyen tu kene bayar RM70 untuk tiket masuk. Tapi disebabkan nasib feng shui aku yang baik hari ni, aku dapat masuk free konvensyen tu!! Ye-Ha!!!

Menaiki sebuah van yang disewa dimana sebelum ini ada gembar gembur berita mengatakan nak sewa sebuah bus untuk bawak student UKM ke konvensyen tu...tapi tadi, hasilnya hanya sebuah van sahaja yang mampu. Yang pegi majoriti dak2 "Kejut" je.. Tak kesah la kan, asal dapat g free..org laen pegi kene bayo. He-Ha

Sampai KLCC, pintu masuk depan Aquaria tu nampak macam tak ramai orang jek....Naik tingkat atas pon tak ramai gak..Kena bayar RM70 kot..tu yang tak bape nak ramai. Orang yang ikhlas dan berani saje berani buat macam tu rasenya...heheh..


Konvensyen ni pasal produk syarikat EESABE. Penah dengar???Syarikat ni berasalan daripada Singapore sebab name panjang SAB = Singapore + Asia + Beyond. "EE" kat depan dengan belakang tu aku tak tau ape maksud dia.. Mungkin untuk tambah sedap lagi sebut kot~ Misi dan Visi syarikat ni antara yang aku paham sepanjang konvensyen adalah untuk menjadi antara syarikat Asia yang diminati di seluruh Asia dan dunia. Produk mereka termasuklah facial bar Eumora yang popular sekarang ni.. Ada beberapa produk syarikat ni, tapi yang lain baru nak bersinar... Produk syarikat ini berdasarkan bahan microalgae. Aku pon tak tau jenis mikro-biologi ape dieorg guna nak buat produk ni. Mungkin ini hasil kajian bertahun2 ahli2 saintis daripada jurusan mikro-biologi, kejuruteraan mikro-bio dan sebagainya. (Kalau sapa2 ahli mikro-bio or alchemist bola la buat kajian pasal produk ni..verify la betol ke tak microalgae yang dieorang guna (^_^)  )


Kalau sape2 penah dengar dan guna produk ini, bole la bagi testimoni kat sini..hehehe.,, Cerita utama yang diceritakan oleh orang2 kuat SAB (Mr. Arthur si pelawak pentas dan Isteri yang HOT!!, Mr Joshua, Mr. David, Mr. Nicholas Chia si CEO SAB) adalah berkenaan dengan biznes bersama SAB. Nak cari duit tambahan...sama seperti syarikat2 lain seperti HAI-O, CNI dan lain2 lagi...Biznes secara networking atau dengan kata lain MLM. Biznes macam ni jek yang boleh kaut untung dengan cepat tetapi bersyarat iaitu mesti rajin, usaha kuat dan ikhlas. Kalau yang sekadar join lepas tu duduk diam2 nak dapat untung, bukan itu cara dia. Nanti la aku post pasal MLM nih..macam banyak plak nak tulis.



(P/S :Time and chance is a key of succes)

Sunday, January 24, 2010

Berbaloi tak...

Semalam, sempena dengan kemangkatan Sultan Johor juga sempena dengan kemangkatan Screen LCD Acer Aspire 4530 aku.. Takhta skrin aku digantikan dengan skrin lain yang aku tak tau jenis dy. Ha-Ho.. Berbekalkan duit sebanyak RM700 ke LoL Yat aku dan 'penemanku' memulakan misi mencari ganti skrin ku..Mula2 sampai aku terus terjah kedai Komputer ATOM??tanya juruteknik kat sane, dy ckp RM450. Aku tanpa pikir panjang teros bg kat dy sebab aku memang malas nak pusing2 dan aku tanya harga tukar skrin sebelum ni kat UKM dan kajang range harga dia RM6++ - RM7-- dan memang kelemahan aku, tak reti sangat beli barang nih..so, konklusi aku MURAH OK!! Lepas tu, agak2 nak buang masa seperti remaja lain lakukan kat LoL Yat, aku pusing2 la sume kedai kat sane, tanya kedai juruteknik berbangsa cina dy cakap RM390!! Wah!!Lagi murah!! Terus patah balik cari kedai ATOM tadi mintak semula laptop aku kat dy. HA-HE!Tanpa segan silu brother tu bagi semula laptop aku..haha..(kesian dy).

Sekarang baru aku pikir panjang sket berbanding pikiran Einstein, menggunakan pemikaran aku yang panjang, aku menggerakan kakikukuku pusing ke kedai bangsa-bangsa bersatu yang lain sehingga la aku jumpa deretan kedai bangsa orang Asia Timur Tengah. Ini bukan bangsa Tamil Malaya, atau bangsa Pak Arab atau Bangsa Bangladesh ("hara chekene!!"kata JaJa Kun)ini orang punya itu bangsa Hindustan!!("Kuch Kuch Kote Hei~~"kata Salman Khan). Aku tanya sama dy, "Kia Hei..Berapa harga mau tukar skrin Acer 4530??" dia balas "Kia,kia,kia..Acer 4530 skrin size 14.1" ka?" Aku "YERP!!! Exactly!!". Khasif Khan "RM370..u student ke??dengan pantas aku mengganguk dengan sekali ayunan ke bawah..sambung Khasif "Ok...student i kasi RM360..berapa bajet u??" Aku "RM350" Khasif Khan "Ermmmm...350..350..350...dy tanya membe dy dalam bahasa industan tanpa aku memahami kecuali 'kia'..OK!RM350 bole..setengah jam lagi u datang amik" Dalam hatiku "Bagus!!Jimat disane"..hehe.. Tanpa berlengah lagi aku terus menyerahkan laptop aku kat mamat hindustan ni.. Setengah jam kemudian dah setel..

Disebabkan dapat harga murah, aku dapat beli printer Brother 3-1 seketul dengan harga total RM305 termasuk refill catridge dy dan dakwat refill skali..Capai juga objektif nak beli printer sebijik. Cuma tak dapat upgrade RAM 4Gb jek. Takpela..blom sampai mase lg..

Wednesday, January 20, 2010

Dapat Duit Free dari PayPaL

Hari ni aku bertuah, PayPal bg duit free dalam akaun PayPal aku. Duit Free OK! Dlm matawang USD plak tu. Tak kusangka akan terima, tapi akhirnya aku dapat gak. Nak tau macam mane aku dapat duit tu??
Senang je cara dy...
  1. Must have FaceBook account
  2. Join  PayPaL WishList application
  3. After that, invite your friends to join PayPal Wishlist
  4. You will earn USD1 for every friends u invite to join PayPal Wishlist
  5. Done! Easy rite??
Invite new friends everyday to join PayPal Wishlist to gain more money!!

Friday, January 15, 2010

JPA

Elaun JPA da masok???
Bagos!!
  1. Bole bayar hutang
  2. Bole rongeng
  3. Bole start bisnes yg tergendala