Friday, January 16, 2009

Palestin Part I

Aku selalu dapat mesej ni daripada kawan2 YM...

Salam, malam ini PALESTIN akan di bom habis oleh YAHUDI LAKNATULLAH termasuk Masjidil-Aqsa. Ini benar,ikhwan Palestin yg menalefon ikhwan Malaysia. Kita diwajibkn
membaca SURAH YUNUS ayat(85-88) dan SURAH AL-FATH ayat (26-27)...Tolong fowardkan.. ALLAHUAKBAR!!!
dolphine cha's: Pimpinan Hizbullah, libanon Syed Hasan Nasrallah meminta
Seluruh muslim utk MELAFADZKAN QS. AL-FATH ayat 26-27. MALAM INI.. tolong
disebarkan agar Israel hancur. skrg masjid Al Aqsa Sdg diserang oleh
Israel dan Skutu. Mohon disebarkan ke 10 orang. jangan dihapus kalau belim disebarkan.
Ini amanat.


Tp...persoalannya...adakah kita laksanakan pembacaan ayat2 Al-Quran yang disarankan itu??
Kalau hanya sekadar menyebarkan mesej ini sahaja, kita hanya memberi sumbangan yg sedikit sahaja.
Sebaik-baiknya..bacalah ayat-ayat Al-Quran dari surah yang disebut kerana banyak hikmah daripada pembacaan ayat tersebut..

Surah Yunus 85-88 bermaksud :

(85)Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.

(86)" Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir"

(87)
Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)"

(88)
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Surah Al-Fath ayat 26-27 bermaksud :

(26)(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

(27)
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya)


Demikian adalah maksud ayat-ayat dari surah-surah disuruh untuk kita membacanya bagi membantu MUSLIM PALESTIN dan demi kesucian MASJIDIL-AQSA
Ambilah sedikit masa 10 minit daripada 1440 minit sehari untuk membacanya..

HANCUR ISRAEL!!!!!!!!!!!
HANCUR ISRAEL!!!!!!!!!!!
HANCUR ISRAEL!!!!!!!!!!!
NYC

(p/s : kalau ade maksud ayat ini yang salah, sesiapa pun diminta menegur)

5 comments:

  1. aku salu dapat gak kat ym. anyway, thanks for sharing..

    btw,nice blog. mesti ko dah buat banyak duit kan dgn blog neh?=D

    ReplyDelete
  2. TO LIVB>>>welcome livb..

    buat bnyk duet ape nye..xde duet pon masok..haha

    TO SITI SPAGHETI>>welcome..

    ReplyDelete
  3. thanks bagi info beb..
    sama sama kita amalkan..

    ReplyDelete
  4. time kasih. ak dah lama nk taw maksd ayat2 nie~ :)

    ReplyDelete