Tuesday, January 6, 2009

Lelaki dan Hari Kelahiran


Ahad
Baik budi dan pemurah, sudi memberi bila diminta oleh sanak saudara. Tidak ego dalam pergaulan, gemarkan kebersihan dan pandai berbicara, tetapi ada kecenderungan untuk bersikap memeritah kedua orang tuanya.
--------------------------------------------------------------------------------


Isnin
Agak pendiam, tapi hatinya ikhlas. Cepat pemanas, suka kepada pekerjaan atau perjalanan kebenaran, tetapi apa yang dimilikinya tidak bertahan lama.
--------------------------------------------------------------------------------


Selasa
Mungkin dibenci orang kerana buruk perbuatannya. Jika mempunyai kawan, hanyalah sebentar sahaja. Hatinya tidak tetap.
--------------------------------------------------------------------------------


Rabu
Jika masa baik, dia boleh menjadi amat baik, begitu pula sebaliknya. Rezekinya tidak kurang. Agak pendiam tetapi apabila berbicara akan diketahul bahawa dia adalah seorang yang boleh mesra dengan orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------


Khamis
Sesiapa yang mengahwininya biasanya lebih dahulu mati. Ramai tidak selesa dan takut apabila dia berbicara, dia sering panas hati. Walaupun begitu, secara asasnya dia baik budi dan boleh dipujuk dengan rayuan yang halus.
--------------------------------------------------------------------------------


Jumaat
Ramai yang suka padanya. Dia mudah memberi apa yang ada padanya apabila diminta. Mungkin dia mudah menjadi sengsara, tetapi dia mudah mencari pengetahuan dan kepandaian. Boleh rukun damai bersama orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------


Sabtu
Sering dibenci oleh orang lain kerana tidak senang bila bersamanya dan merasa takut. Walaupun begitu dia rajin bekerja, pandai mencari rezki, cepat pekerjaannya dan ringan tanganya.



--------------------------------------------------------------------------------
(p/s : bende ni bukan betol sangat...xyah caye sangat..tapi kalau same,naseb la..)

3 comments:

  1. ari jumaat mmg terbaek...idup jumaat boy

    ReplyDelete
  2. huhu..ko laher ari jumaat?mmg la ckp terbaek...ak xingt lahir ari ape lak

    ReplyDelete
  3. ko x igt ke?
    br aku nk tnye ko lhr ari pe pkcik..
    huuhh

    ReplyDelete